MAKLUMAN CUTI

CUTI AKAN DIMAKLUMKAN DARI MASA KESEMASA

Harap Maklum.



Untuk dapat maklumat EPP kad kredit dari masa ke semasa, sila isi nama dan email disini. Terima kasih.



EPP – EASY PAYMENT PLAN KAD KREDIT
( CARA UNTUK MENYELESAIKAN HUTANG CARD CREDIT DENGAN ANSURAN BULANAN YANG RENDAH, TIADA INTEREST( 0 % INTEREST) SETIAP BULAN.)

Tahukah anda, bahawa hutang kad credit boleh dibayar secara ansuran 1,2,3 tahun dengan
0% interest?
Walaupun anda ada hutang RM 10 Ribu .. anda masih boleh bayar
minima payment = RM 50...
bank tidak akan call anda....
dan Nama anda bersih dengan syarikat kewangan.


KURANGKAN BAYARAN BULANAN KAD KREDIT DAN ANDA JUGA BOLEH AMBIL CASH DARI KAD KREDIT, LAGI MURAH DARI PERSONAL LOAN DENGAN KAEDAH EPP (restructure cr card)!




Sama je... Sekarang pun memang bayar bulan-bulan...


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera 
Hasil perbincangan saya dengan beberapa pemegang pemilik kad kredit yang sedang dilanda masalah dalam menguruskan hutang tertunggak mereka kebelakangan ini menunjukkan bahawa rupa-rupanya masih ramai lagi yang belum betul-betul faham dengan sistem kaedah pembayaran installment EPP dan perbandingannya dengan kaedah pembayaran minimum 5% tiap-tiap bulan secara normal rate.
Sebenarnya perbezaan antara pembayaran secara installment EPP dan normal rate ini telah pun saya tunjukkan dalam  ruangan Normal Rate Vs. EPP. Cuma mungkin ramai yang terlepas pandang atau saje tak nak pandang atau memang malas membaca agaknya. Tapi takpe lah… biar saya terangkan sekali lagi konsep dan perbandingan antara kedua-dua kaedah pembayaran ini .
Apa beza saya buat EPP dengan kalau bayar secara sekarang? Sama je? Sekarang pun saya bayar bulan-bulan jugak… nanti buat EPP pun saya bayar bulan-bulan jugak” Ye… itu lah yang biasanya saya dapat maklum balas hasil perbincangan saya dengan pemilik kad yang masih tak faham sebenarnya dengan konsep EPP.
Kepada mereka yang masih berfikiran seperti ini… jawapan saya ialah Sebenarnya banyakkkkkk perbezaannya…”
Bagaimana yang dikatakan banyak perbezaan tu?”
Okay… sekarang katakanlah anda mempunyai hutang tertunggak sebanyak RM10,000 dan anda terus bayar bulan demi bulan… Ye! Memang betul anda bayar bulan-bulan… Tapi tahukah anda apa sebenarnya yang anda bayar bulan-bulan tu?
Sebenarnya apa yang anda bayar bulan-bulan tu adalah ‘Minimum Payment’ dan ‘Interest’ dan kadang kala anda juga membayar ‘Late Payment Charges’ bila TERlewat bayar atau sengaja TERlewat bayar.
Okay… kita cuba lihat jadual di bawah ini:
Pada bulan pertama, anda tak mampu nak bayar RM10,000 sekali gus, maka bank bagi syarat, sekiranya anda tak mampu untuk bayar terus RM10,000, maka anda boleh lah bayar dulu minimum payment sebanyak 5% daripada outstanding, dan oleh kerana anda hanya membayar 5% sahaja, maka bank pun caj lah anda 1.5% sebagai interest
5% x RM10,000 = RM500
Maka anda pun bayarlah RM500, sebagai balasannya… bank caj interest 1.5% kepada outstanding anda:
1.5% x RM10,000 = RM142
Okay sekarang saya harap anda semua sudah faham konsep pembayaran minimum 5% dan bagaimana anda dikenakan interest sebanyak 1.5% (kena ingat, kalau anda lambat bayar akan dikenakan pula caj 1% daripada outstanding!)
Jadi bulan ke-2, outstanding akan menjadi:
RM10,000 – RM500 + RM142 = RM9642
Oleh kerana bulan ke-2, anda masih tak mampu untuk bayar keseluruhan outstanding, maka anda pun bayarlah lagi 5% minimum payment dan 1.5% interest:
Pada dasarnya anda berpuas hati kerana outstanding anda telah pun berkurangan daripada RM10,000 menjadi RM9642.
Sekarang kira pula berapa jumlah minimum payment yang anda telah bayar:
RM500 + RM482.13 = RM982.13
Bagaimana pula dengan jumlah interest yang telah dibayar?
RM142.50 + RM137.41 = RM279.91
Jadi jumlah keseluruhan amount yang telah anda bayar kepada pihak bank ialah
Jumlah Minimum Payment yang telah dibayar + Jumlah Interest yang telah dibayar
= RM982.13 + RM279.91 = RM1262.04
Anda harus ingat! Hutang anda belum settle dan masih mempunyai baki sebanyak RM9642.50 dan anda telah pun membayar kepada bank sebanyak RM1262.04
Setelah membuat minimum payment dan interest pada bulan ke-2 sekarang masuk bulan ke-3 dan baki outstanding anda menjadi RM9297.78. Bagaimana boleh dapat RM9297.78?
Outstanding bulan sebelum – Minimum Payment yang telah dibayar pada bulan sebelum + Interest
= RM9642.50 – RM482.13 + RM137.41
= RM9297.78
MUNGKIN anda terfikir nak buat full settlement pada bulan ke-3 ini, sekarang cuba kira berapa sebenarnya JUMLAH KESELURUHAN yang anda TELAH bayar kepada bank sekiranya anda jadi nak buat full settlement tersebut. Untuk mengetahui jumlah keseluruhan yang telah dibayar ini harus mengambil kira jumlah keseluruhan Minimum Payment yang telah dibayar kepada bank dan juga jumlah keseluruhan Interest yang telah dibayar kepada bank.
Sebenarnya kita telah pun membuat kiraan untuk Jumlah Keseluruhan Minimum Payment yang telah dibayar seperti di atas iaitu sebanyak RM982.13
Kita juga sebenarnya telah pun membuat kiraan untuk Jumlah Keseluruhan Interest yang telah dibayar kepada bank seperti di atas iaitu sebanyak RM279.91
Sekarang untuk buat FULL SETTLEMENT pada bulan ke-3 kita hanya gabungkan kesemua amount minimum payment dan interest ini dengan baki pada bulan ke-3 tersebut iaitu
Jumlah Keseluruhan Minimum Payment + Jumlah Keseluruhan Interest + Baki bulan ke-3
= RM982.13 + RM279.91 + RM9297.78
= RM10559.82
Ha?! Betul ke ni? Anda secara tak sedar sebenarnya telah membayar RM559.82 lebih banyak daripada hutang sebenar!
Sekarang lupakan sahaja lah anda sebenarnya memang tak mampu untuk buat settlement RM9297.78 tu sebab sebenarnya kalau anda mampu anda dah boleh bayar terus RM10,000 masa bulan pertama lagi! Jadi anda pun teruslah membayar… bayar… bayar… bayar… sampai lah masuk bulan ke-6 dan anda pun revise semula berapa sebenarnya yang anda dah bayar:
Jumlah Keseluruhan Minimum Payment yang dibayar untuk 6 bulan ialah sebanyak RM2744.32
Jumlah Keseluruhan Interest yang dibayar untuk 6 bulan ialah sebanyak RM783.13
Jumlah Keseluruhan untuk buat FULL SETTLEMENT pada bulan ke-7 ialah sebanyak
RM8037.81 + RM2744.32 + RM782.13
= RM11,564.26
Perbezaan sebanyak RM11,564.26 – RM10.000 = RM1,564.26 daripada hutang asal!
Bagaimana untuk 12 bulan!?
Bagaimana pula untuk 24 bulan?!
Bagaimana pula untuk 36 bulan?!
Anda boleh nilaikan sendiri di sini, lebih lama anda biarkan hutang tertunggak anda di dalam akaun, maka jumlah keseluruhan yang anda bayar kepada bank juga akan bertambah. Dan akhirnya anda akan berkata…
“Aku ni asyik bayar hutang je! Bayar… Bayar… Bayar… Tapi hutang aku masih tak settle-settle lagi”
Bila hutang anda boleh selesai? Itu satu lagi persoalan yang anda harus fikirkan sekiranya anda berterusan membayar minimum payment sahaja secara normal rate bulan-bulan!
Anda harus ingat! Pengiraan di atas tidak mengambil kira sekiranya ada ‘Late Payment Charges’ sekiranya pada bila-bila masa anda TERlewat bayar atau sengaja TERlewat bayar. Mungkin hutang anda boleh meningkat lagi 3 atau 4 kali ganda. Anda fikir-fikirkan… Ini bukan silap mata, ini adalah facts and figures!
Jadi di manakah penyelesaiannya? Penyelesaiannya ada dalam EPP!
Melalui EPP anda dapat memastikan hutang anda tidak terus bertambah dan anda pasti bila hutang anda dapat diselesaikan
Sama ada selama 12 bulan:
RM10,000 / 12 bulan  = RM833.33
Atau 24 bulan:
RM10,000 / 24 bulan = RM416.67
Atau 36 bulan:
RM10,000 / 36 bulan = RM277.78
Pilihan di tangan anda, Anda sendiri tetapkan.
Untuk maklumat lanjut mengenai Bajet4u sila hubungi MUS 0193736509 atau email mus259@gmail.com
Perkhidmatan kami adalah PANTAS, TELUS dan AMANAH.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Bajet4u - Kurangkan Bayaran Bulanan Kad Kredit Dan Zero Interest Setiap Bulan

Powered By EXEIdeas